Home Rencana PAS Selangor

PRN Melaka: Pemuda Hulu Selangor seru sokong Perikatan Nasional – DPPK Hulu Selangor

96
SHARE

May be an image of 3 people, headscarf and text that says "Pemuda PAS Hulu Selangor MIORAL PRN MELAKA PEMUDA PAS HULU SELANGOR SERU SOKONG PERIKATAN NASIONAL PERIKATAN NASIONAL Priketin Rekyat"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor

Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor melahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada Perikatan Nasional (PN) atas keberanian dan keseriusan PN dalam mengangkat serta mengetengahkan calon-calon muda dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Negeri Melaka kali ini.

Peratusan 43% calon terdiri daripada usia pemuda adalah sebuah keberanian dan keseriusan terhadap inspirasi anak muda yang tidak menjadi timbang tara utama parti lain.

Tambah lagi dengan sikap berintegriti calon-calon PN yang tidak terpalit dan bergelut dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa merupakan nilai tambah yang besar bagi sebuah parti layak mentadbir sebuah negeri atau negara.

Budaya lompat parti yang menjadi “hobi” parti-parti lain tidaklah menjadi budaya di dalam PAS terutamanya dimana 8 calon PAS telahpun meneruskan tradisi lafaz Sumpah taat setia (baiah) untuk istiqamah tidak akan keluar dan meninggalkan parti sekiranya menang.

“PAS sangat konsisten menentang agenda lompat parti. Tidak seperti Pakatan Harapan (PH) yang kononnya menentang agenda lompat parti namun menerima calon yang keluar parti untuk bertanding di Melaka” seperti dipertegaskan Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.

Oleh itu, kami Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor menyeru seluruh anak muda dan pengundi dalam PRN Melaka nanti untuk memberikan undi kepada calon PN yang sememangnya sangat layak dan sesuai dalam mengangkat agenda kepemudaan dan rakyat ke tempat yang sepatutnya. Tidak terpalit isu integriti mahupun budaya melompat parti.

Selamat Mengundi buat semua pengundi dalam PRN Negeri Melaka nanti.

10 November 2021 | 5 Rabiul Akhir 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor