Home Berita PAS Selangor

GENGGAM Selangor peringkat Shah Alam – PAS Kawasan Shah Alam

99
SHARE

May be an image of 2 people and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Shah Alam

Oleh : Umar Al-Hayawi

SHAH ALAM, 9 November – Program Gelombang Sejahtera Keluarga Malaysia (GENGGAM) Peringkat PAS Kawasan Shah Alam telah mula berlangsung Jumaat, 29 Oktober dan tamat pada hari berikutnya 30 Oktober.

May be an image of 3 people and textPelbagai program yang telah disusun untuk dilaksanakan semasa Program GENGGAM Selangor Peringkat PAS Kawasan Shah Alam antaranya program yang telah terlaksana termasuk Munajat Jamaie, Ziarah Kasih serta Ziarah Al-Malak.

Pada Jumaat, 29 Oktober program pertama yang telah diadakan adalah Program Munajat jamaie yang telah disusun oleh JPRP dengan kerjasama Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Shah Alam. Program Munajat jamaie tersebut telah diadakan secara atas talian melalui aplikasi ‘Google Meet’. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Seterusnya pada Sabtu, 30 Oktober Program Ziarah Kasih dan Ziarah Al-Malak telah berjaya dilaksanakan. Program Ziarah Kasih yang melibatkan YDP PAS Kawasan Shah Alam, Dr Fuad Salleh bersama Barisan AJK PAS Kawasan Shah Alam telah menghadiri beberapa Cawangan disekitar Shah Alam.

Antara Cawangan yang telah diziarahi termasuk PUSJ, Seksyen 19B , Seksyen 19D, Seksyen 17, Padang Jawa, Taman Kampung Kuantan, Bukit Bandaraya, Seksyen 8.

Program Ziarah Al-Malak pula dilaksanakan bersama Parti Kompenan Perikatan Nasional P108 Shah Alam, Parti Bersatu Bahagian Shah Alam yang diketuai YDP PAS Kawasan Shah Alam, Dr Fuad Salleh dan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, Tuan Hamidi.

Menurut PAS Shah Alam, agenda utama pertemuan dua buah parti dalam Ziarah Al-Malak tersebut adalah lebih kepada suai kenal antara satu sama lain, bertukar pendapat dan berkongsi idea untuk bersama-sama bergerak di Parlimen Shah Alam.

Semua program yang telah diadakan berjalan dengan sangat lancar dan juga berakhir dengan sangat manis. “Semoga perjalanan ukhuwah yang dibina menjadi titik kemenangan di Bumi Shah Alam”, ujar Dr Fuad Salleh.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor