Home Berita PAS Kelantan

RM1.21 juta dibelanjakan bagi Program Dapur Hijau

115
SHARE

KOTA BHARU, 26 Jan: Bermula tahun 2015 sehingga Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM1.21 juta yang melibatkan 17,280 penerima kit Dapur Hijau yang berupa lima jenis biji benih, anak pokok, baja organik, polybag, larutan Bio Hijja dan larutan Bio Fruit.

Program Dapur Hijau adalah kerjasama di antara Portfolio Jawatankuasa Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Hijau, Industri Asas Tani dan Alam Sekitar dengan Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan dengan sasaran utamanya adalah membantu golongan Armalah (ibu tunggal) dan golongan berpendapatan rendah.

Selain memberi pendedahan dengan pelbagai kaedah penanaman secara organik, objektif utama program tersebut ialah menggalakkan suri rumah supaya menanam sendiri sayuran yang dimakan dan ini akan mengurangkan perbelanjaan dapur mereka sebagaimana amalan yang dipraktikkan oleh negara maju seperti Jepun dan Rusia.

Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, perbelanjaan bagi tahun 2022 sehingga Oktober sahaja telah membabitkan 2,860 peserta dengan perbelanjaan sebanyak RM176,500.