Home Berita PAS Kelantan

Sistem agihan baja secara sistematik bantu petani tingkatkan produktiviti

206
SHARE

KOTA BHARU, 26 Jan: Skim bantuan baja adalah satu mekanisma Kerajaan Negeri membantu petani terutama pesawah padi di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memaklumkan setiap tahun kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukan khas bagi pengeluaran baja padi dan baja organik khususnya untuk membantu petani yang tidak mendapat bantuan.

Tambahnya, untuk pesawah pula, mereka akan dibekalkan baja foliar (baja penggalak) iaitu kaedah pembajaan melalui daun yang mudah dan cepat diserap.

“Pada dasarnya Program Baja Padi Kerajaan Negeri telah bermula tahun 1990. Kemudian agihan ditambah baik secara sistematik pada tahun 1995 apabila Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) diamanahkan untuk membuat edaran baja buat pesawah.
Sejak itu, berlaku banyak perubahan kepada penambaikan pemberian dari awal pembekalan oleh KPKB iaitu Baja Urea dan Baja Campuran,” jelasnya.

Tambahnya, pada tahun 2015, KPKB juga telah membekal baja pertengahan dengan bekerjasama pengilang CCM Fertilizer Berhad.

Sementara itu, pada tahun 2019 hingga 2020, oleh kerana tidak mahu berlaku pertindihan bantuan input yang sama melalui Agensi Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Negeri mencadangkan pemberian baja foliar atau dikenali dalam kalangan pesawah sebagai vitamin, diperkenalkan. Sekali gus, dapat meningkat pengeluaran hasil padi.