Home Berita PAS Kelantan

RM 2.156 bilion jayakan Projek Lembangan Sungai Golok

611
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOTA BHARU, 17 Ogos: Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) bertujuan menyelesaikan keseluruhan masalah banjir di sepanjang Sungai Golok dianggarkan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM2.156 bilion.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPS), Ir Kamal Mustapha memaklumkan KESBAN membabitkan dua fasa; Fasa Satu kawasan hilir Lembangan Sungai Golok di jajahan Tumpat dan Pasir Mas.
Manakala Fasa Dua pula di kawasan tengah lembangan yang membabitkan jajahan Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli di kawasan hulu lembangan.
“Pelaksanaan projek yang berterusan secara berfasa bermula dari Rancangan Malaysia Ke -11 (RMK11) hingga RMK13 perlu dilakukan segera supaya objektif untuk mengurangkan kejadian banjir di sepanjang Lembangan Sungai Golok tercapai,” tambahnya.