Home Artikel PAS Melaka

Ribut Melanda Kampung Bertam Ulu : PAS Tangga Batu Arah Unit Amal Kawasan Bantu.

194
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU : PAS Kawasan Tangga Batu telah mengerahkan Unit Amal untuk turun membantu meringankan kerja-kerja mengemas rumah mangsa yang terlibat dalam kejadian angin kencang dan ribut di Kampung Bertam Ulu di sini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang hari Ahad 12 Januari itu, sebanyak 7 buah rumah telah terlibat dan menyebabkan kerosakan yang teruk pada bahagian bumbung rumah.

Terdahulu PAS Kawasan Tangga Batu telah hadir melawat mangsa-mangsa yang terlibat dan menzahirkan rasa simpati atas kejadian bencana tersebut.

Lawatan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua, Tuan Hj. Rafie Ahmad dan disertai oleh Setiausaha, Hassan Md Dahan, Ketua Muslimat, Anida Haron dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tangga Batu