Home Artikel PAS Kelantan

APA ITU INFLUENZA?

274
SHARE

Influenza (flu) adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza A, B dan C. Virus influenza A adalah paling berbahaya.
Virus influenza tersebar melalui titisan cecair (mulut dan hidung) ketika bercakap, bersin atau batuk dan masuk ke saluran pernafasan.

Tanda-tandanya ialah demam panas, batuk, muntah, cirit birit, sakit kepala, sakit tekak dan sukar bernafas. Influenza tidak sama dengan demam selesema kerana tanda-tandanya lebih teruk yang boleh mengancam nyawa.

Golongan berisiko tinggi ialah kanak-kanak (<5tahun), wanita hamil, warga tua (>65 tahun), pesakit kronik (cth : Kencing Manis, darah tinggi, buah pinggang)

Elakkan jangkitan influenza dengan cara :

• Menutup mulut dan hidung dengan tisu/ sapu tangan ketika bersin
• Basuh tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin atau selepas menyentuh permukaan tercemar.
• Hindari tempat awam dan jauhi tempat tertutup dan sesak
• Pakai penutup mulut dan hidung (mask) untuk mengelakkan jangkitan influenza.
• Pastikan anak-anak mendapat suntikan vaksin influenza.
Jika mendapat jangkitan kita perlu:
• Mengambil ubat demam (untuk melegakan demam dan sakit kepala)
• Minum air/minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk
• Tidur/rehat secukupnya
• Hindarkan stres
• Jaga kebersihan makanan dan persekitaran.
•Tingkatkam imuniti badan melalui pemakanan sihat dan pengambilan vitamin.
• Jika berlarutan, dapatkan rawatan doktor.

#KELANTANKUBERSIH
#KELANTANSIHAT

kredit poster : Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: https://www.facebook.com/dr.izani/posts/1443613865802501