Home Artikel PAS Perlis

Ustazah Nuridah Ziarah Mangsa Kebakaran

276
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Bersempena dengan kedatangan beliau ke Perlis baru-baru ini, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh sempat melapangkan masa melawat mangsa kebakaran di Kampung Raja Congah, Padang Melangit, dekat sini.

Hadir sama, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perlis Wan Hassan Ismail serta anggota Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis.

Mangsa kebakaran yang diziarahi, Ibrahim Seman merupakan Setiausaha PAS Cawangan Padang Melangit.

Menurut Ibrahim, selain rumahnya, kebakaran yang berlaku pada bulan September tahun lalu turut memusnahkan sebuah lagi rumah bersebelahan dengannya.

“Selain dua buah rumah, kebakaran turut memusnahkan dua buah kereta dan dua buah motosikal,” katanya ketika ditemui.

Rombongan berkenaan kemudiannya menziarahi mangsa ribut, Jamaludin Mansor di kediaman beliau yang terletak di Bukit Keteri.

Beliau merupakan abang kepada Setiausaha DMPN Perlis, Norhafiza Mansor.