Home Berita PAS Johor

Reunion Kasis88 bersama guru secara online gamit kenangan silam

341
SHARE

Oleh: Ahmad faris

Sri Gading, 5 Jun – PKP 3.0 yang dilaksanakan seluruh negara tidak menghalang bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Perak membuat pertemuan semula dengan guru-guru mereka secara atas talian. Aktiviti ini bertujuan menjejak semula guru-guru, bertanya khabar serta bertukar-tukar idea dan pandangan disamping menyampaikan mesej paling penting bahawa jasa guru-guru kekal dikenang sampai bila-bila.

Sekumpulan bekas pelajar yang menamakan diri mereka Kasis88 singkatan kepada Kelab Alumni Sekolah Izzuddin Shah tahun 1988 telah mengadakan aktiviti pertemuan semula yang dijalankan saban tahun sebelum ini secara bersemuka ditukar secara atas talian. Idea yang dicadang dan diusahakan oleh Suhkry Abbas dan Mohd Fazlan Abdullah ini timbul bila mereka yabg sering bertemu tidak lagi dapat berbuat demikian kerana pandemic covid19 yang melanda seluruh dunia.

Keterbatasan tersebut tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan aktiviti tahunan dengan mengubahnya kepada pertemuan online. Ini menjadikan mereka boleh bertemu guru-guru tanpa perlu keluar dari rumah dan menjimatkan kos yang banyak. Walaupun kemesraan dan keistimewaan bertemu secara bersemuka itu jauh lebih indah namun ‘online meet’ juga mampu mengubat kerinduan mereka dengan sahabt dan para guru.

Aktivit kali kedua yang dijalankan ini melibatkan guru matematik mereka sewaktu tingkatan 4 dan 5 iaitu Cikgu Nor Aini Zainal Abidin. Pertemuan semula setelah 31 tahun tentunya punya banyak cerita dan berita. Pelbagai perkara dikongsi selain mendapatkan nasihat dari guru yang dirindui dan disayangi itu. Pertemuan yang berlangsung hampir satu setengah jam itu dijalankan dengan kehadiran hampir 30 orang bekas pelajar ‘batch’ sama dari seluruh negara.

Program yang dilakukan mereka ini sedikit sebanyak memberi idea kepada Rakyat Malaysia khususnya bahawa PKP tidak memutuskan silaturahmi. Malah dengan kecanggihan teknologi yang dimanfaatkan mampu menjadikan bukan hanya keluarga tetapi rakan-rakan sekolah sama ada menengah atau rendah terasa sangat dekat dan erat.

Turut bersama dipertemuan ‘online’ kali kedua ini ialah Ustaz Mohamad Abu Bakar yang dulu merupakan guru kemahiran hidup mereka. Indahnya ialah program ini akan diteruskan bukan sahaja bakal menjejaki semua guru-guru mereka tetapi akan cuba mencari ‘senior-senior’ yang sinonim semasa sama-sama berada di Izzuddin dulu. Program ini boleh menjadi contoh bahawa setiap ujian itu ada hikmahnya.