Home Berita PAS Kelantan

PKRC PUTIK, paling selesa di Kelantan

351
SHARE
PENGKALAN CHEPA, 3 Jun: Timbalan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah meluangkan masa menziarahi PKRC Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) pada tengahari ini. Beliau meneliti keperluan-keperluan di PKRC tersebut yang ditunjukkan oleh Ketua Operasi PKRC, Fakhrudin Majib. Turut bersama beliau, Dr Hj Izani Husin, Exco yang bertanggungjawab bagi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan. Terdapat beberapa kemudahan tambahan yang diperlukan segera di sini dan perkara ini akan diselesaikan segera dengan gembelingan Pengkalan Chepa (Datuk Marzuk), Kijang (Dr Izani) dan Chempaka (Ustaz Fathan).
Kapasiti PUTIK boleh memuatkan sehingga 400 buah katil. Bermula dengan 120 katil asalnya, PKRC PUTIK kini mempunyai 250 katil yang menempatkan pesakit wanita. Beliau juga dimaklumkan, seluruh PKRC di Kelantan akan digunakan secara optimum sebelum PKRC baru yang lain dibuka. Pembukaan PKRC baru bermakna, akan berlaku pertambahan petugas yang kini antara kekangan yang ada.
Turut disampaikan sedikit sumbangan daripada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pengkalan Chepa, diiringi oleh Setiausaha PAS Kawasan dan NYDP PAS Kawasan kepada 50 petugas di sini.
Beliau turut dikhabarkan bahawa doktor-doktor dan para petugas gembira apabila giliran mereka dijadualkan di PKRC PUTIK dan menurut mereka lagi, ini antara PKRC yang paling selesa di Kelantan.