Home Berita PAS Kedah

Retreat DMPNK bincang hala tuju parti

135
SHARE

Selangor – Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah membuka awal tahun 2022 dengan mengadakan Program Retreat dan Rehlah selama dua hari yang berlangsung di Huda’s Haven Resort, Batangkali baru-baru ini.

Seramai 45 orang Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan hadir bagi mengeratkan ukhuwah dan mencari solusi pembaharuan tahun 2022.

 Program ini dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

“Perlu bersyukur kerana Allah pilih untuk kita berada bersama. Jadi manfaatkan peluang ini untuk berikan sebaik mungkin kerana kita tidak tahu sampai bila akan terus sihat. Sangat penting nikmat sihat, nikmat umur dan nikmat berjemaah.

“Apa pun masalah jangan berhenti, terus bergerak walaupun perlahan. Apabila berhenti untuk memulakan semula jalan bukanlah satu perkara yang mudah,” ujar beliau ketika majlis perasmian penutup.

Difahamkan pertemuan kali ini adalah untuk memberi fokus tindakan dan memperkasakan agenda parti di samping tingkatkan kualiti kepimpinan, ahli dan penyokong.