Home Berita PAS Kedah

YDP PAS Kubang Pasu santuni 20 penduduk

321
SHARE

JITRA, 10 Jan – Yang Dipertua PAS Kubang Pasu, Ustaz Zulhasmi Osman turun menyantuni dan memberikan bekalan makanan kepada 20 penduduk Kampung Paya Lateh, baru-baru ini.

Katanya, program Ziarah Prihatin ini merupakan anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kubang Pasu yang bertujuan mengeratkan hubungan pimpinan PAS Kawasan bersama penduduk setempat.

“Program ini juga adalah untuk memantau Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) selari dengan visi dan misi Kerajaan Negeri Kedah.

“Rombongan juga dibawa menziarahi penduduk uzur yang tidak dapat bersama-sama di tempat program,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Cawangan dan Pengerusi Jawatankuasa JPKK Kubang Pasu, Abdullah Ismail.