Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin ziarah bayi alami komplikasi sewaktu lahir

143
SHARE

SUNGAI MERAB: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menyerahkan sumbangan kepada Shahidah Mohamed, iaitu ibu kepada As’ad ‘Ubadah Mohd Muhaimin, bayi berusia 2 minggu, di kediamannya, baru-baru ini.

Shahidah Mohamed sebelum ini merupakan AJK Muslimat PAS Kawasan Gombak.

Sewaktu melahirkan As’ad ‘Ubadah, bayi tersebut mengalami komplikasi pernafasan di mana kelahirannya melalui pembedahan caesar secara kecemasan.

Walaubagaimanapun, kesihatan As’ad kini semakin stabil dan dalam keadaan yang baik.

Berikutan komplikasi dan pembedahan caesar itu, kos yang perlu ditampung agak besar. Skuad Prihatin telah melancarkan tabung sumbangan bagi membantu Shahidah menampung perbelanjaan pembedahan tersebut.

Ziarah tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Malaysia, Zurina Din dan Pengerusi Assabiqat Muslimat PAS Malaysia, Khadijah Mahmud.

Senator Ustazah Nuridah menitipkan kata motivasi buat Shahidah, semoga diberi kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi ujian ini.

Skuad Prihatin mengalu-alukan orang ramai agar terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 atas nama Parti Islam Se-Malaysia bagi membantu mereka yang memerlukan.