Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Resolusi NGO Islam Bersama Kerajaan, Satukan Ummah

752
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Resolusi NGO Islam Bersama Kerajaan, Satukan Ummah

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendukung penuh tujuh (7) resolusi hasil Perjumpaan Khas YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin bersama pemimpin Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) Sabtu lalu.

Pertemuan ini membuktikan komitmen pihak kerajaan bersama NGO Islam dalam membawa agenda perpaduan ummah serta memperkukuhkan kefahaman Islam berteraskan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang tercatat didalam resolusi pertama.

Secara keseluruhannya, resolusi ini menerapkan prinsip Islam dan perpaduan yang dapat menyelesaikan isu pendidikan, ekonomi, sosial dan undang-undang negara.

Peranan besar yang dibawa oleh NGO-NGO Islam ini penting dalam memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan. Pada masa yang sama, mereka menjadi penghubung kepada rakyat dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah dan kebajikan.

PAS berharap resolusi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berterusan demi membina negara yang aman dan sejahtera berlandaskan syariat Islam.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
21 September 2020 | 3 Safar 1442