Home Artikel PAS Melaka

Tarbiah penguat jiwa anggota JAM Melaka

283
SHARE

Oleh : Abu Hadif

PORT DICKSON, 21 Sept : Seruan menguatkan jiwa dengan didikan dan tarbiah berterusan dalam diri setiap anggota sentiasa diperingatkan sepanjang program Pemukiman JAM Melaka 2.0 berlangsung di sini Sabtu dan Ahad minggu lepas.

Timbalan Pengarah-2 JAM Melaka, Ustaz Rosazli Md Yasin dalam ucapan alu-aluan ketika program berlangsung juga mengingatkan setiap anggota agar mengikhlaskan niat di hati untuk melibatkan diri secara tuntas dalam setiap aktiviti agar dapat memahami perkara penting yang ingin disampaikan oleh fasilitator dan seterusnya dapat dihadam dan dibawa ke kawasan masing-masing untuk dipraktikkan.

Beliau juga menambah dengan menghuraikan ayat 23 surah al-Furqan yang bermaksud :

“Dan kami bukakan pada apa yang mereka kerjakan daripada amalan-amalan mereka, maka kami jadikannya debu-debu yang berterbangan.”

Ujar beliau, adalah suatu yang sangat membimbangkan apabila sampai waktu perhitungan nanti, amalan yang kita sangka begitu baik di dunia ini hanyalah menjadi debu-debu yang bertebangan di sisi ALLAH SWT nanti.

Aktiviti tazkirah subuh, perkongsian santai dan permainan berpasukan yang dikendalikan beliau juga mewarnai program ini sepanjang ia berlangsung.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)