Home Artikel PAS Melaka

Rencana : Doktrin Perpaduan Yang Merosakkan Hubungan Antara Kaum Dan Agama

263
SHARE

Oleh : Bakri Jamaluddin

Apa itu Ponggal Festival? Ponggal Juga dikenali sebagai Makara Sankranti. Perayaan ini disambut oleh penganut agama Hindu di Selatan Negara India terutamaanya di negeri Tamil Nadu dan Puducherry. Ia merupakan perayaan menuai padi ( Harvesting Festival ) sebagai tanda terima kasih kepada tuhan “ Sun God” iaitu Surya. Perayaan Ponggal ini juga disambut oleh sukubangsa Tamil yang berada diseluruh dunia termasuk Malaysia, Mauritius, Afrika Selatan, Singapura dan banyak lagi.

Di sesetengah daerah di India, festival Ponggal ini merupakan perayaan utama berbanding Deepavali seperti mana orang- orang Kelantan yang mengutamakan sambutan Idul Adha melebihi Idul Fitri. Perayaan Pongal ini diraikan selama empat hari iaitu Bhogi Ponggal untuk hari pertama, Surya atau Thai Ponggal hari kedua, Mattu Ponggal hari ketiga dan Kaanum Ponggal untuk hari ke empat. Sercara tradisi “Ponggal” ini bererti “memasak/mendidihkan” beras hasil dari tuian pertama bersama susu dan gula. Makanan yang dipersiapkan ini akan dipersembahkan kepada “ Gods and Goddesses” iaitu Tuhan Ponggal kemudian diberikan kepada lembu ( Cows ) dan selepas itu dikongsikan bersama ahli keluarga.

Pengalaman 20 tahun tinggal di perladangan getah dan kelapa sawit di Malaysia dan 15 tahun di Indonesia serta bergaul dengan berbagai-bagai budaya dan agama yang berbeza banyak mengajar penulis tentang tolerensi beragama lebih-lebih lagi apabila menjadi Penolong Pengurus Ladang sehinggalah ke Pengurus Besar Kanan.
Dari pengalaman hidup di ladang awal tahun 1980an hingga tahun 2000an di mana majoriti pekerja disektor perladangan waktu itu terdiri dari kalangan orang-orang India yang secara amnya mereka ini berasal dari Selatan India terutamanya Tamil Nadu.

Kami orang- orang Islam yang hidup dalam satu komuniti bersama mereka tidak merayakan Ponggal tetapi sikap toleransi yang tinggi tidak menghalangi jiran tetangga yang beragama Hindu untuk merayakanya. Kami dapat melihat secara dekat pesta ponggal ini selama empat hari. Pada kebiasaanya penganut Hindu yang merayakan hari Ponggal ini akan diberi cuti bergaji ( Cuti Am ) selama satu hari. Inilah keharmonian kaum yang dirasakan selama tinggal diladang-ladang di Malaysia pada era tahun 80’an.

Tolerensi yang sebenarnya bukanlah umat Islam turut melakukan sesuatu yang dilarang oleh agamanya demi menghormati sesama masyarakat yang berbeza agama begitu juga sebaliknya. Tolerensi yang sebenar adalah bila kita menghormati perbedaan agama dan ritual serta tidak mengganggu gugat dalam melaksanakan tuntutan agama masing- masing. Inilah rahsia yang mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama semenjak dari merdeka. Islam tidak melarang umatnya untuk merayakan perayaan kaum lain yang bersifat budaya selagi mana ianya tidak melibatkan kepercayaan yang bersangkutan dengan ketuhanan dan aqidah.

Malangya selepas dari PRU14, apabila konsep Malaysia Baru yang diperkenalkan, seolah olah terlihat ketidak tenteraman berlaku di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Toleransi seolah olah didefinasikan sebagai bersama- sama kita merayakan perayaan kaum lain walaupun sesetengah perayaan itu dilarang untuk umat Islam merayakannya.

Tolerensi sepertinya memaksa khususnya umat Islam menerima amalan kaum lain walau pun ianya bercanggah dengan aqidah dan pegangan umat Melayu Islam. Maka tidak hairanlah orang Melayu yang beragama Islamlah yang menerima pukulan yang teruk dan dilebelkan sebagai rasis, extrem, anti sosial, Taliban dan sebagainya hari ini.

Teras kepada budaya masyarakat Melayu adalah Islam. Walaupun sebahagian orang-orang Melayu telah dibuai oleh arus kemodenan tetapi prisip pegangan Islam masih kukuh dan kental. Pandangan alim ulama masih menjadi ikutan dan panduan apatah lagi kalau ianya dikeluarkan oleh mereka-mereka yang berautoriti dalam memberikan fatwa, pandangan dan pendapat tentang sesuatu permasalah yang berkaitan dengan Islam.

Keharmonian antara kaum dan agama yang terbina selama lebih dari 52 tahun seolah dirobak rabik demi mewujudkan perpaduan kaum kononnya. Ini ternyata jauh tersasar dari matlamat untuk mencapai perpaduan sejati. Sangat menghairankan kerajaan Malaysia Baru seolah-olah buta dan tuli sehingga tidak dapat melihat dan mendengar realiti yang berlaku hasil dari doktrin perpaduan yang cuba mereka perkenalkan dan diterapkan kedalam masyarakat yang sekian lama hidup dalam harmoni dan saling menghormati perbedaan budaya dan agama. Pandangan yang dikeluarkan oleh mereka-mereka yang berautoriti tidak dihormati dan dilanggar begitu sahaja seolah-olah orang-orang Politik lebih faham soal-soal aqidah berbanding para alim ulama.

Sikap kerajaan Malaysia Baru jelas menunjukkan berlakunya pilih kasih dan ketidak adilan dalam melayani isu yang berkaitan dengan budaya dan agama. Tidak kelihatan mana-mana Menteri yang turun padang membela tulisan jawi tetapi tujuh Menteri boleh hadir mempertahankan tanglung.

Tanglung dan Tahun Baru Cina ini bukanlah suatu benda baru. Masyarakat Malaysia yang unik ini telah menerima budaya ini. Sikap toleransi kaum majoriti Melayu Islam tidak pernah mempertikaikanya sejak daripada sebelum merdeka lagi. Mengapa sekarang ianya menjadi Isu dan diperdebatkan? Di mana salah dan silapnya?

Sikap tidak melihat realiti yang berlaku di bawah dan berat sebelah menyebabkan akan hilangnya keyakinan rakyat terutamanya di kalangan pengundi atas pagar dan akan menjadi faktor kepada bakal tumbangnya PH dalam PRU yang akan datang.

Kita berharap agar Kerjaan Malaysia Baru ini benar-benar dapat befikir secara waras dan mencari jalan penyelesaian yang adil dan saksama lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Budaya dan Agama masyarakat majoriti yang terdiri dari penduduk asal tanah tercinta ini dan kaum bumiputera lainya.

Janganlah kebencian politik kepartian ini menjadi alat untuk merosakkan hubungan kaum yang harmoni yang kita rasai bersama semenjak dari merdeka dengan Doktrin Perpaduan Malaysia Baru yang jauh menyimpang dari mencapai matlamat kerharmonian sejagat.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka merangkap YDP PAS Kawasan Tangga Batu, Melaka.

(Rencana ini juga telah disiarkan di dalam Harakah Cetak pada Jumaat 24 Januari 2020)