Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

VIRUS WUHAN (2019-nCoV)

1403
SHARE

VIRUS WUHAN (2019-nCoV)

Coronavirus (CoV) adalah keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit yang lebih serius seperti MERS-CoV dan SARS-CoV.

Novel Coronavirus pula merujuk kepada spesis baru yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Sehingga 25 Januari 2020, sebanyak 1316 kes dicatatkan di negara China serta beberapa buah negara lain seperti Malaysia (3 kes) dan Singapura. Jumlah kematian adalah seramai 41 orang, yang mana semua kes kematian setakat ini adalah di negara China.

MusMedik (Muslimat Medical Team), Dewan Muslimat PAS Malaysia menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelakkan penyakit ini, sebagaimana berikut:

✳ sentiasa membawa penutup muka ( face mask ) dan hand sanitizer

✳ elakkan pergi ke tempat tumpuan ramai / sesak

✳ elakkan melawati ladang haiwan atau tempat sembelihan haiwan

✳ elakkan makanan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna

Amalkan doa yang diajar oleh Rasulullah saw agar keluarga dan tanah air kita dilindungi dari ujian wabak penyakit ini.

Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua.

Jabatan MusMedik
Dewan Muslimat PAS Malaysia

#SihatKeranaAllah

Sumber :
– Kementerian Kesihatan Malaysia
– Channel News Asia