Home Berita PAS Kedah

RELA daerah Sik terima sumbangan daripada MP Sik

38
SHARE

SIK, 29 Jun : Seusai menyantuni para pemandu teksi sekitar daerah Sik, YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman terus ke Pejabat
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Pekan Sik untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Sumbangan bernilai RM10,000.00 daripada Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) telah diterima oleh Encik Muhamad Hafiz Bin Aziz
Pegawai RELA Daerah Sik.

Hadir bersama YB Ustaz Mohd Isa bin Shafie, Adun Belantik, Hj Yahya Wahab dan Ustaz Arif Ismail selaku Pegawai Khas Ahli Parlimen Sik.

Sumbangan kebajikan ini untuk anggota RELA yang bertugas sebagai barisan hadapan khususnya di Pusat Pemberian Vaksin Sik, Pusat Kawalan Operasi Bencana PKOB dan Sekatan Jalan Raya (SJR).

Semoga dengan sumbangan ini dapat melancarkan lagi gerak kerja khidmat bakti anggota RELA Daerah Sik.

In sha Allah demi kesejahteraan bersama.