Home Berita PAS Kedah

Bantuan disalurkan tanpa mengira kaum

56
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

PADANG TERAP – Menguruskan dan menyantuni hal ehwal kematian yang berlaku dalam kalangan warga penduduk menjadi antara perkara sangat diberi perhatian oleh ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin.

Kerana adanya keluarga yang kehilangan orang tersayang dan penting sekali gus hilang tempat pergantungan, malah bukan sahaja membawa akibat kesedihan, tetapi kesan-kesan lain untuk dipertanggungjawabkan.

Setidak-tidaknya menunjukkan kebersamaan simpati, selain menunaikan hak untuk pengkebumian jenazah disempurnakan sebaik mungkin tanpa adanya sebarang kesulitan kepada yang masih hidup.

Itulah rutin dilalui wakil rakyat ini yang melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga penduduk kaum Siam, mendiang Cham Tong Einum, 91 yang meninggal akibat sakit tua di Kampung Tanjung Thai, di sini kelmarin.

Beliau juga turut menziarahi jenazah Allahyarham Md Yusof Hamid, 68 yang meninggal akibat komplikasi sakit kronik dan menyampaikan sumbangan buat waris di FELDA Lubuk Merbau, di sini hari sama.

Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu juga turut menerima kehadiran Somnek From anak kepada mendiang From Achai, 65 yang meninggal akibat komplikasi sakit kronik di Kampung Lubuk Rambai.

Sumbangan bagi menguruskan jenazah yang disediakan pihak kerajaan negeri telah diambil beliau dan disampaikan oleh Pegawai PKWR DUN Pedu, Mohd Hajmi Ismail yang bertugas pada hari tersebut.