Home Berita PAS Kelantan

RAYSA terima sumbangan kebajikan

15
SHARE

TUMPAT, 11 April: Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Siti Aminah (RAYSA) baru-baru ini, telah menerima sumbangan kebajikan sempena sambutan Program Ihya’ Ramadan pada tahun ini.
Sumbangan disampaikan isteri Menteri Besar Kelantan Datin Bentara Kanan Siti Zabidah Ab Hamid kepada Penyelia RAYSA Sufiyah Mubarak, Pasir Pekan.

Berucap pada majlis tersebut beliau berharap dengan sumbangan kebajikan ini diharap dapat membantu RAYSA menampung perbelanjaan sepanjang Ramadan.

Selain itu, beliau mengharapkan semua penghuni dapat menjadi hamba Allah SWT yang bertakwa seterusnya dapat menabur bakti kepada agama dan masyarakat.

Terdahulu, RAYSA adalah antara institusi yang membela golongan anak yatim dan miskin tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada penghuninya. Sistem pengajian di sini berkonsepkan pengajian tahfiz separuh masa, pendidikan ilmu agama serta turut menekankan pengetahuan semasa.