Home Berita PAS Kelantan

Rakyat perlu politik matang bukan fitnah

1067
SHARE

TANAH MERAH – Rakyat perlu politik matang dan sudah jelik dihidangkan dengan sebaran fitnah yang boleh menjatuhkan mana-mana pihak.

Setiausaha Pas Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, rakyat kini lebih bijak dan sebagai negara demokrasi biarlah mereka yang memilih kerajaan yang mereka mahu.

“Disini saya tekankan bukan soal sokongan ke atas parti tapi untuk bentuk kerajaan yang mentadbir.

“Kita (Pas) di Kelantan dipilih oleh rakyat jadi Kerajaan Persekutuan perlulah terima pilihan rakyat,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Walkabout Jabatan Pertanian bersama warga Petani Tanah Merah.

Che Abdullah berkata, sepatutnya bila rakyat sudah memilih Pas di Kelantan maka hak rakyat termasuk royalti minyak dan keinstimewaan lain diberikan kepada Kelantan.

“Sebab itu dalam Gagasan Sejahtera yang diterajui Pas dalam manifesto bagi PIlihan Raya Umum Ke-14 ini, kita bentuk dasar dan penyelesaian bagi atasi bebanan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang.

“Lagipun kita dalam Pas bukan mahu tonjol parti tapi atas dasar Islam dan sejak zaman Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz lagi kita disuruh menjelaskan tentang perjuangan Islam,” katanya.

Menurutnya, kita (Pas) bukan menyerang tapi menerang dan itu yang kita mahu bagi memberi penerangan jelas kepada rakyat dan kini orang ramai sudah mula faham perjuangan kita atas dasar Islam bukan semata-mata parti. SINAR HARIAN 26 MAC 2018