Home Berita PAS Perlis

Pemuda Rasmi Jentera Pilihan Raya UPU Belukar Hutan Temin

908
SHARE

Oleh Haziq Dun

PADANG BESAR : DUN Mata Ayer telah mengadakan perasmian jentera diperingkat UPU Belukar Hutan Temin pada 24 Mac 2018, bertempat di Markaz Cawangan Belukar Hutan temin.

Jentera UPU Belukar Hutan Temin ini telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Azmir bin Aziz.

Seramai lebih kurang 50 orang yang hadir pada majlis perasmian tersebut.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua PAS Negeri Perlis, Dr. Saifizi Bin Saidon dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perlis, Saudara Azreen Bin Jumri.

Ustaz Muhammad Azmir Bin Azizan dalam ucapan perasmiannya berkata “Kita sama-sama tahu bahawa di Mata Ayer ini terdapat kem tentera dan lebih 1500 undi tentera yang susah untuk kita capai, tetapi perlulah kita percaya bahawa setiap hati pengundi itu adalah milik Allah SWT dan Allah sahaja yang boleh mengubah hati-hati manusia.”

Turut disentuh, aspek pengurusan jentera secara efisien dalam kalangan ahli serta tanggungjawab setiap ahli PAS agar memantapkan organisasi jentera dan memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan isu-isu semasa.