Home Berita PAS Kelantan

Rakyat diseru sebut nikmat yang diperolehi

296
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 5 Ogos: Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan melalui segmen Kecek Kkiro mewawancara Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB Dato’ Panglima Perang, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkenaan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan, pukul 8.30 pagi ini.

Dalam ucapan maya di KELANTANfm, beliau memaklumkan buat julung kali pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan dilaksanakan secara atas talian.

Beliau juga mengingatkan seluruh rakyat agar menyebut-nyebut tentang nikmat yang diperolehi sebagai tanda bersyukur apatah lagi nikmat kemerdekaan tanah air.

Beliau memetik makna surah Ad-Duha ayat 11 yang bermaksud, “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu sebutkan” melalui slot 30 minit yang diacarakan oleh DJ Elly dan DJ Shah.

Dato’ Mohd Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Meranti menegaskan kepentingan menjaga kedaulatan dan kesejahteraan tanah air, nyawa dan harta sampaikan jika terkorban kerana mempertahankan semua itu dihisab sebagai syahid.

Beliau turut menyeru semua pihak saling membantu dalam perkara yang disepakati contohnya menangani penularan pandemik COVID-19.

Siaran tersebut boleh diikuti menerusi pautan,
https://www.facebook.com/KELANTANfm/videos/355426662829034/