Home Berita PAS Kelantan

Pusat Komuniti Tumpat sedia digunakan

142
SHARE

TUMPAT, 14 September: Bagi memberi kemudahan kepada masyarakat, agensi atau badan-badan tertentu menganjurkan program kepada orang ramai, pusat komuniti yang baharu siap dibina dan terletak di bandar lama Tumpat menyediakan kemudahan seperti bilik seminar, bilik bacaan dan dewan utama.

Menurut Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Daerah Tumpat (MDT), TPr Suhaizat Mohd Sabri berkata, dewan utama yang dibina di pusat komuniti tersebut dapat menampung 200 pengguna dalam satu-satu masa.

“Projek yang dimulai pada Mac 2022 itu membabitkan kos RM200,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri di bawah portfolio Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah,” katanya ketika dihubungi semalam.