Home Berita PAS Kelantan

Pusat Khidmat DUN Kijang terima sumbangan katil untuk diwakafkan

7
SHARE
KIJANG, 4 Jul: Setelah memuat naik aktiviti “Cakna Khidmat Katil Bergerak” kepada pesakit kronik yang terlantar di dalam DUN Kijang beberapa hari yang lepas, hari ini pihak Pusat Khidmat DUN Kijang menerima sumbangan katil untuk diwakafkan.
Pihak PKD telah dihubungi oleh seorang individu prihatin dan pada hari ini pihak PKD telah menerima sebuah katil untuk diwakafkan dan digunakan kepada pesakit yang memerlukan. Pihak PKD mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang tersebut.
Pihak PKD amat mengalukan mana-mana pihak atau individu yang ingin memberikan sumbangan katil pesakit dan kerusi roda untuk diwakafkan bagi kegunaan mereka yang memerlukan.
Kepada yang ingin mewakafkan katil dan kerusi roda boleh terus berhibing dengan Pusat Khidmat DUN Kijang.