Home Berita PAS Johor

PRU15 : Ikut apa yang diputuskan pimpinan – Ustaz Khirul Muntanazar

102
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

TEBRAU, 31 Jul : PAS Kawasan Tebrau akan mengikut kepada apa yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan. Siapapun yang bertanding kita akan bergerak secara bersama.

Demikian dinyatakan oleh Yang diPertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar sewaktu di temuramah wartawan harakah di TS Hotel, Scientex Pasir Gudang pada, semalam.

“Setakat ini kita bergerak di atas nama Perikatan Nasional, insyaAllah kami sentiasa bersedia walaupun PAS bertanding, pihak diperingkat Bersatu dan ataupun Gerakan mereka juga mesti bersama-sama dengan kita begitulah sebaliknya.

“Benda ini telah kita buktikan didalam pilihanraya negeri yang lalu, PAS diberikan mandat dan Alhamdulillah kerjasama yang baik daripada komponen kita dari peringkat Perikatan Nasional untuk bantu calon PAS,” ujar beliau.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat menjawab mengenai isu Rang Undang-undang (RUU) Kawasan produk tembakau.

“Pihak Dewan Ulamak PAS Pusat kita sendiri telah keluar kenyataan menyokong penuh diatas rang yang akan digubal nanti dan memang kita akan sentiasa menyokong sepenuhnya.

“Kita lihat dari sudut aspek yang lain mungkin kita tak mampu utk membuat secara 100% tapi sekurang-kurangnya kita ada kaedah untuk mengurangkan tentang gejala ini supaya tidak berterusan pada generasi seterusnya,” tambah beliau.

Sebelum ini, Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengeluarkan satu kenyataan media yang bertajuk “Sokong akta baharu larangan merokok generasi muda” pada 21 Julai yang lalu.

Ketuanya, YB Senator Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yahya menyatakan aktiviti merokok memberi kesan tidak sihat kepada si perokok.

“Ironinya sejak sekian lama tiada Tindakan bersepadu dilakukan terhadap dasar berkaitan dengan perokok dan isu ini berada dalam ‘untapped market’,” katanya.