Home Berita PAS Johor

Kerjasama PN Johor berjalan dengan baik

45
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

TEBRAU, 31 Jul : Kerjasama Perikatan Nasional Johor berjalan dengan baik sebaik sahaja selesai PRN Johor yang lepas.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin sewaktu ditemuramah sejurus selepas perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tebrau kali ke-37 di TS Hotel, Scientex Pasir Gudang semalam.

“Kita teruskan Kerjasama hubungan yang baik dan juga berbincang dari semasa ke semasa. Bahkan dalam masa terdekat ini pun kita akan adakan pertemuan dengan pihak Bersatu dan Gerakan.

Kita bincang beberapa perkara berkaitan persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke-15. Kita akan buat satu program ulang tahun kerjasamna Perikatan Nasional Negeri Johor pada 20 Ogos ini untuk mengukuhkan lagi perpaduan,” ujar Ustaz Abdullah.

Dalam mengulas isu RUU anti lompat parti Ustaz Abdullah Husin menyatakan PAS mengalu-alukan dan meraikan serta menerima keputusan tersebut.

“Dari sudut politik negara kita Malaysia ini merupakan satu perkembangan yang amat menakjubkanlah sebab belum ada sebelum ini akta yang tersebut. Jadi kita walaupun ada pandangan yang pro dan kontra, positif negatif , bagi saya sebagai Pesuruhjaya PAS Johor untuk memandang dari sudut yang positif.

“Kita rasa satu yang akan memberikan natijah yang baik bagi masa depan politik tanah air kita, tak mudah-mudah melompat, kalau keluar parti hilang jawatan.

Rang Undang-undang yang diluluskan ini sebagai satu pengawalan untuk semua, bagi kita PAS perkara yang baik itu untuk menjaga kemaslahatan, walaupun menyusahkan sedikit sebanyak tapi kita pandang dari sudut positif,”tambah beliau.

Sebelum ini Rang Undang-undang (RUU) anti lompat parti telah diluluskan pada 28 Julai yang lalu melalui undi belah bahagi setelah bacaan kali ketiga dengan mendapat sokongan melebihi dua pertiga Ahli Parlimen.