Oleh CHE MAZIAH MAT
KOTA BHARU, 24 Ogos: Enam projek pembangunan terancang
melalui pelaburan pada tahun berakhir 2020 berjumlah RM 1.6 bilion membuka lima ribu peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri YB Dato’ Hanifa Ahmad berkata sumbangan tertinggi diperolehi melalui pembangunan industri perabot di Gua Musang dengan pelaburan berjumlah RM1 bilion.
Manakala RM300 juta lagi melibatkan Industry Building System (IBS) di Machang.
“Kedua-dua projek ini membuka lima ribu peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya kelak. Kita dapat lihat sumbangan terbesar ialah dari sektor industri pembuatan dan kerajaan memberi tumpuan kepada industri perabot yang terletak di Gua Musang,” katanya.
Bagi menjawab persoalan ADUN Galas, berkaitan perkembangan projek pembangunan Bandar perabot di Gua Musang, beliau mengulas setakat ini hanya dua syarikat dalam proses penyediaan permohonan kebenaran merancang permohonan bagi pembinaan kilang tersebut yang berkeluasan 124 ekar dengan adanya 16 blok kilang.
Manakala lima blok lagi adalah infrastruktur asas seperti tangki air, pencawang tenaga nasional dan lain-lain.
#ViraliyatBerita4ptg
#LiputanKhasSidangDUN2021