Home Berita PAS Kelantan

Kelantan belanja RM65.52 juta sepanjang pandemik Covid-19

77
SHARE

KOTA BHARU, 24 Ogos: Sehingga Julai 2021, Kerajaan Kelantan telah membelanjakan sebanyak RM65.52 juta sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.

Menurut Menteri Besar Kelantan, YYang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob ketika berucap di Sudang DUN berkata, pada tahun 2020, Kelantan telah membelanjakan sejumlah 33.25 juta termasuk peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak 21.81 juta.

“Antaranya bantuan tunai sebanyak 5.10 juta melibatkan pemberian kepada asnaf, fakir miskin dan armalah, bantuan bakul makanan sebanyak 8.04 juta kepada rakyat yang terkesan.

Selain itu, program pengurusan dan nyah covid-19 melibatkan perbelanjaan sebanyak 3.25 juta, serta bayaran elaun dan penyedian makanan kepada frontliners sebanyak 1.38 juta.

Pada tahun tersebuit, kerajaan negeri juga membelanjakan sebanyak 15.48 juta untuk pakej rangsangan sebanyak 15.48 yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan bagi menampung pengecualian sewa selama 2 bulan kepada penyewa, menampung pembayaran gaji serta lain-lain perbelanjaan.

Menurut Ahmad Yakob lagi, pada tahun 2021 sehingga Julai, Kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak 32.2 juta.

“Antara perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dilaksanakan pada tahun ini adalah, bantuan tunai sebanyak 6.96 juta melibatkan sebahagiaanya kepada rakyat yang terjejas Covid-19, penjaja dan peniaga kecil, pemandu teksi, nelayan, petani, pengusaha pelancongan, guru pondok dan lain-lain”.

Selain itu juga, perbelanjaan dikeluarkan untuk bantuan bakul makanan sejumlah 8.31 juta yang melibatkan lokaliti PKPD dan rakyat yang terkesan, program pengurusan dan nyah Covid-19 sebanyak 0.10 juta, bayaran bayaran elaun dan penyedian makanan kepada frontliners sebanyak 0.20 juta.

Pakej rangsangan sebanyak 3.03 juta diberikan kepada pihak berkuasa tempatan dan pengecuali sewa selama 2 bulan kepada penyewa.

Perbelanjaan turut diperuntukkan kepada PKRC sebanyak 6.56 juta melibatkan bayaran sewaan, penyediaan makan dan lain-lain perbelanjaan dan juga perbelanajaan PPV sebyk 6.84 juta bagi pembayaran sewaan, perolehan peralatan dan perbelanjaan pengurusan yang lain.

#PakejRangsanganEkonomiPrihatinRakyat
#Covid19