Home Berita PAS Kedah

Projek Pintasan Paip selesaikan masalah air di DUN Ayer Hitam

141
SHARE

Oleh CT SAFIYYAH

JERLUN, 27 Okt – Projek Pintasan Paip bakal menyelesaikan masalah air di Ayer Hitam yang sudah berlanjutan sejak sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkata, hasil perjumpaan bersama Exco Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air, dan Tenaga, YB Dato’ Suraya Yaacob telah berjanji akan melaksanakan Projek Pintasan Paip dari Jalan Sungai Korok melintasi Pida 3 hingga ke Jalan Sanglang.

“Pembinaan ini kita jangka akan siap dalam tempoh kurang dari setahun.

Menurut YB lagi, pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) banyak menerima aduan masyarakat mengenai gangguan bekalan air bersih yang diterima.


“Pembinaan paip pintasan dan tangki takungan ini sangat signifikan kepada keluh kesah ribuan pengguna yang terpaksa berhadapan dengan gangguan bekalan air bersih sejak sekian lama.

“Penduduk di Pida 3, Pida 4, Pida 5 dan Pida 6 perlu berdepan dengan masalah air berkarat, tekanan air rendah dan terputus bekalan air.

“Namun kelak dengan pembinaan tangki takungan bakal menambah tekanan air dan dijangka dapat menyelesaikan masalah ini.

5 Okt yang lalu, Pejabat PKWR Ayer Hitam menerima kunjungan daripada SADA Wilayah Utara bagi menyampaikan laporan serta cadangan.

Dalam pada itu masalah air di bersih di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar akan dapat di tangani sepenuhnya apabila siapnya pembinaan Loji Rawatan Air (IRA) pelubang serta pakej pengantaraan paip baharu.