Home Berita PAS Kelantan

Projek Lebuh Raya KB-KK akan disiapkan segera – Exco Kerjaraya

187
SHARE

KETEREH, 20 Feb: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor hadir dalam sesi taklimat Projek Membina Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) di sini, semalam.

Menurut YB Dato’ Sr. Azami, berlaku sedikit kelewatan dalam menyiapkan projek untuk pakej 2B iaitu daripada Ketereh ke Kok Lanas disebabkan Printah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Jarak pakej 2B ialah sepanjang 6.2 km, manakala panjang keseluruhan projek KB-KK ialah 67.6 km.
“Insya-Allah projek ini akan disiapkan seberapa segera demi memberi kemudahan untuk rakyat Kelantan,” tambahnya.