Home Artikel PAS Kelantan

Projek laluan bertingkat siap lebih awal

335 views
SHARE

TANAH MERAH: Projek pembinaan persimpangan bertingkat di pusat bandar Tanah Merah dijangka siap lebih awal.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Azami Mohd Nor berkata, projek yang bernilai RM153 juta itu berjalan lancar.

“Walau pun dijangka siap pada Ogos 2019, kita menjangkakan projek ini akan disiapkan lebih awal satu hingga dua bulan awal dari tarikh yang dijangka,” katanya selepas meninjau perkembangan projek itu hari ini.

Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman; Adun Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Adun Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Rahman Yunus.

Sebelum itu beliau mendengar taklimat disampaikan Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Unit Projek Khas Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir Nik Burhanuddin Nik Yusoff. – HARAKAHDAILY 16/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8420-projek-laluan-bertingkat-siap-lebih-awal