Home Artikel PAS Johor

Program Ziarah Kebajikan PAS Kawasan Muar Bersama Grup Bikers Syabab Al Insaf

142 views
SHARE

Oleh: Sharifah Ajil CPP Muar

MUAR, 3 Mac 2018 : PAS Kawasan Muar telah membuat program ziarah kebajikan menyantuni golongan kurang berkemampuan pada 3 Mac 2018 yang lalu.

Program yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan Muar Tuan Haji Abd Aziz Talib dan Ketua DPPK Muar Ustaz Mohd Ridzuan Nazri telah mendapat kerjasama sebuah grup bikers Syabab Al Insaf iaitu sebuah kumpulan bikers yang menjalankan aktiviti amal membantu golongan miskin di seluruh Malaysia.

Ahli-ahli grup yang hadir seramai hampir 20 orang ini dan bertugas di pelbagai agensi di Kuala Lumpur & Selangor datang untuk sama-sama membantu terutama memberi sumbangan kewangan kepada golongan kurang mampu di sekitar Muar.

Menurut kata salah seorang jurucakap kumpulan ini iaitu En Mohd Izan yang juga merupakan seorang bilal di Surau Al Insaf, Menara Maybank Kuala Lumpur, beliau berharap dapat menjadikan program ini sebagai program tahunan mereka di Muar kerana sambutan dan kerjasama yang baik dari pihak PAS Kawasan Muar.

Walaupun dalam keadaan cuaca hujan lebat, namun misi bantuan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.