Home Artikel PAS Selangor

Sungai Ramal Luar, BTHO: JPru Terbaik DUN

358 views
SHARE

BANDAR TUN HESSEIN ONN, 4 Mac 2018 : 2 buah JPru mewakili DUN Bangi dan DUN Balakong telah mendapat Anugerah Jentera Pilihanraya PAS Serdang.

Bagi DUN Bangi, JPru Sungai Ramal Luar telah mendapat Anugerah JPru Terbaik. JPru ini berada dalam daerah mengundi 4, 475 orang pengundi dan mencapai peratus penculaan 94.3%. Peratusan ini adalah yang tertinggi diantara 20 JPru lain dalam DUN Bangi.

JPru ini mempunyai 2 cawangan iaitu Cawangan Sungai Ramal Luar dan Cawangan Taman Sri Ramal.

Pelbagai program telah diatur oleh JPru ini melalui jentera, PKMS dan PASTI samaada program dalaman dan juga program untuk pengundi.

Manakala, JPru Bandar Tun Hussein Onn pula telah dinobatkan sebagai JPru terbaik DUN Balakong.

JPru ini berada dalam daerah mengundi 4, 788 orang mengundi dan mencapai peratus penculaan 82.05%. Peratusan ini adalah antara yang tertinggi diantara 15 JPru lain di DUN Balakong.

JPru ini mempunyai usrah muslimin dan muslimat yang kosisten setiap minggu.

Ia juga telah menyempurnakan Dana Wajib Cawangan sebanyak RM5000 dan dana PASTI sebanyak RM5000.

JPru ini mempunyai 2 cawangan iaitu Cawangan Bandar Tun Hussein Onn dan Cawangan Suakasih.

Tuan Haji Zakaria bin Ahmad, selaku ketua JPru telah menerima cenderahati daripada Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Naib Presiden PAS.