Home Berita PAS Kedah

Program Ziarah Kasih pimpinan PAS kawasan Kubang Pasu

85
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUBANG PASU, 16 Jan – Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Pasu, Ustaz Zulhasmi Osman mengadakan ziarah kasih keatas penduduk Kubang Pasu, baru-baru ini.

Dalam ziarahnya itu, beliau berkesempatan melawat mangsa kebakaran dua keluarga Cina di Pekan Tok Jalai yang berlaku pada 9 Jan lalu.

Dalam kejadian itu, sebuah bengkel milik Tan Si Bong di Pekan Tok Jalai antara yang musnah dalam kebakaran yang berlaku pada jam 9.56 pagi.

Ustaz Zulhasmi Osman menzahirkan rasa simpati kepada mangsa kebakaran atas kejadian yang berlaku.

Selain itu, Ziarah Kasih PAS Kubang Pasu turut melawat mantan Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kubang Pasu, Ustaz Mustaffa Abdullah bagi bertanya khabar dan mendoakan Kesihatan dan kesejahteraan beliau dan isteri.

Kemudian Ziarah Kasih itu bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Maahad Tahfiz Sains Kubang Pasu bagi menyampaikan sumbangan daripada PAS Kawasan Kubang Pasu.

Turut menziarahi sebuah keluarga di Kampung Titi Baru, Kepala Batas dan menghulur sedikit sumbangan.

Mengakhiri program Ziarah Kasih dengan mengunjungi keluarga saudara Sudarmaji di Kampung Paya Keriang, Penyabung yang telah kembali ke Rahmatullah bersama sedikit sumbangan yang termampu.

Turut serta bersama ialah Timbalan Yang DiPertua PAS kawasan Tuan Hj.Saarin Osman serta setiausaha PAS kawasan Kubang Pasu.