Home Berita PAS Kedah

ADUN Ayer Hitam lawat rumah dalam pembaikan dan ziarah empat keluarga asnaf

207
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM, 16 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkesempatan melawat rumah penduduk yang mendapat bantuan membaiki rumah daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Ayer Hitam, baru-baru ini.

YB Azhar Ibrahim, berkata dua buah rumah telah mendapat kelulusan untuk dibaiki dan sedang dalam proses pembinaan.

“Alhamdulillah, dengan bantuan sumbangan daripada PKWR dan NGO dua buah rumah yang terletak di Kampung Padang Sera dan Kampung Wang telah kita usahakan untuk membaiki semula,” katanya.

Selain itu, YB Azhar turut berkesempatan turun menziarahi empat keluarga asnaf di Kampung Baru dan menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingat.

Beliau berkata, pihak PKWR sedang meneliti sebuah rumah daif didiami oleh ibu tunggal dan anak yatim yang sangat memerlukan bantuan bina semula.

“Kami memikirkan ruang yang boleh ditolong di samping berdoa moga-moga ada pihak yang sudi meringankan beban ibu tunggal tersebut,” katanya.

Turut serta bersama YB ialah Timbalan Pengarah PKWR Dun Ayer Hitam, Hj Ghazali Isa.