Home Berita PAS Kedah

Program suntikan vaksinasi covid 19 di DUN Pedu rancak dilaksanakan

69
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 26 Julai 2021:Program Suntikan Vaksin yang di anjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampong Sireh dan Kg Datok berjaya dilaksanakan pada hari Ahad 25 Julai 2021 yang lalu.

Sebanyak 252 penduduk mendapat suntikan. Mereka terdiri daripada anggota KRT Kampong Datok dan Kampong Sireh, warga emas, belia dan pasangan baru berkahwin.

” Mohon semua lapisan masyarakat terus mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin.” Kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) Pedu YB Mohd Radzi Md Amin ketika ditemui Media PKWR Dun Pedu.

“Terima kasih YB selalu turun santuni rakyat.” Kata salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Nurul Syafikah Abdullah 22. Syafikah merupakan penerima vaksin dan menjadi salah seorang sukarelawan pendaftaran program suntikan vaksin.

Program kali ini juga mendapat liputan dari RTM Kedah yang diketuai wartawan Rasyid Jali. Turut hadir dalam program kali ini Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Padang Terap Mohamed Zaizulman bin Zainal Abidin, Pegawai Pejabat Daerah Padang Terap Rahim Abu Bakar dan Pegawai Khas Perlimen Hasnizam Husni.