Home Rencana PAS Melaka

Rencana | Peperangan ‘medsos’ antara yang hak dan batil

99
SHARE

Oleh HAJAH AZIAH MOHD SAAD

SURAH At Taubah ayat 41 yang bermaksud;

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Malaysia mempunyai 32 juta orang penduduk daripada usia 0 bulan hingga 100 tahun dan orang yang menggunakan media sosial (medsos) melebihi hampir 28 juta orang.

Dan hampir 87.5 peratus ada telefon pintar, laptop dan tablet. Namun selalu kita lihat manusia hampir tidak merujuk pada Al Quran dan Al Hadith dalam mengeluarkan pandangan dan hujah tapi menggunakan logik akal.

PAS sebagai parti yang mempunyai tiga elemen penting yang tidak terdapat pada parti politik dan kebanyakan NGO lain iaitu dalam aspek Dakwah, Tarbiah dan Siasah.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli PAS wajib menyatakan yang hak kerana setiap kita dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat tentang apa yang kita lakukan ketika mana Islam dihina dan diperlekehkan oleh musuh Islam.

Apakah persediaan kita untuk berperang dengan musuh Islam di medsos?

1. ‘ALIM – iaitu berilmu dengan belajar tentang Islam dengan perbanyakkan membaca dan merujuk isu-isu yang sedang berlegar-legar daripada sumber yang sahih.

Di samping itu ‘Ejen Penerangan’ mesti bersiap dengan senjata telefon pintar yang terbaik serta celik IT dengan mematuhi arahan pimpinan untuk membuka akaun Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok.

2. HARAKI – iaitu sentiasa istiqamah, taat dan wala’ dengan menghadiri mesyuarat, usrah, liqa’, konvensyen dan sentiasa bersiap sedia ‘on call’.

3. SUFI – iaitu menjaga hubungan dengan Allah SWT dengan melazimkan dengan amalan J12K yang terdapat dalam My Mutabaah.

Dalam Konvensyen Penerangan PAS Negeri Melaka, setiap peserta konvensyen telah berbai’ah untuk menjadi ‘Ejen Penerangan’ untuk berperang di alam maya dalam PRU 15.

Kami berjanji akan menyebarkan kebenaran dan menyanggah kebatilan daripada musuh-musuh Islam yang bencikan perpaduan dan kesatuan Islam.

‘Kami akan mempertahankan Muafakat Nasional dan memperkukuhkan Perikatan Nasional agar mencapai 2/3 mojoriti dalam PRU-15.’

Penulis adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka merangkap Timbalan Ketua Wanita PN Negeri Melaka.