Home Rencana PAS Melaka

Catatan dinihari PJ PAS Melaka | Periuk mengumpat belanga

180
SHARE

Selasa | 4.30 am | 27 Jul ’21 | 17 Zulhijjah 1442

PERIBAHASA Melayu ungkapannya ringkas tetapi maksudnya jauh menjalar. ‘Periuk mengumpat belanga’, ada kesesuaiannya juga dengan telatah orang politik sekarang, duduk berwirid kerajaan gagal satu hari lima kali seperti solat lima waktu juga.

Kita pun nak tanya juga apa yang gagalnya? Sebab Covid-19 meningkat? Atau sebab ekonomi menguncup?

Kalau itu soalannya, saya rasa orang itu mengigau di siang hari atau tidur dalam gua terlalu lama mungkin lebih lama dari ashabul kahfi!

Macam mantan KM PH tuntut kerajaan Melaka bantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19 sedangkan kerajaan negeri sudah beberapa kali bentang pakej rangsangan ekonomi yang menelan belanja hampir RM200 juta.

Semua orang tahu isu Covid-19 ini adalah isu global sebab itu dipanggil PANDEMIK. Negara maju, miskin dan sederhana semua terlibat.

Kalau dalam ASEAN teruk lagi Indonesia, Filipina dan lainnya berbanding Malaysia. Isu ekonomi semua negara terkesan teruk, terpaksa berhutang itu biasa dalam situasi begini. Bagi saya baik berhutang daripada mencuri.

Di semua negara sektor perniagaan dan pelaburan merudum demi menjaga nyawa rakyat. Walau bagaimanapun kes Covid-19 naik juga.

Kenapa tak tutup terus? Ginilah analoginya, kamu tak ada pendapatan, tapi anak minta duit setiap hari untuk berbelanja. Kamu nak ambil duit dari mana waktu itu?

Kerajaan boleh saja kalau nak tutup semua sektor perkilangan serta hilang semua pendapatan tapi syaratnya kamu janganlah melalak setiap hari desak mana bantuan kepada rakyat? Mana rangsangan ekonomi? Kenapa tak beri bantuan lebih?

Itu soalan bukan membantu pun. Zaman kamu memerintah dulu pun bukan tinggalkan harta yang bertimbun. Pemimpin kamu hidup mewah tapi golongan asnaf pun bertambah walau pun ketika itu tiada Covid-19 melanda negara.

Itu yang peribahasa kata ‘periuk mengumpat belanga’ maksudnya sikap suka burukkan orang lain sedangkan diri sendiri pun buruk. Peribahasa lain sebut ‘buruk muka cermin dibelah’. Fikir-fikirkan…

DATUK USTAZ KAMARUDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka

Kredit sumber : FB Ustaz Kamarudin Sidek