




KOTA BHARU, 3 Mei: YB Dr. Izani selaku Exco Kesihatan Negeri telah menyampaikan agihan Paket Berbuka Puasa sebanyak 600 paket kepada para petugas barisan hadapan Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Pusat Perubatan An-Nisa bersempena Program PKINK Ihya Ramadan 1442H.
Sumbangan ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada semua frontliners yang bertungkus lumus mengekang wabak COVID-19 dan dengan harapan semoga setiap pengorbanan yang diberikan mendapat ganjaran pahala disisi Allah S.W.T.