Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Vaksinasi di RPT Temalir

82
SHARE

KUALA KRAI, 12 Ogos: Program Outreach dos pertama di Mukim Temalir telah berlangsung bermula 11 Ogos.

Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Temalir dan sebanyak 720 dos vaksin berjaya di suntik.

Ahli Parlimen Kuala Krai bersama ADUN Guchil, Mohd Fauzi Abdullah hadir bagi meraikan program tersebut.

“Saya hadir bagi meraikan program yang amat bermakna bagi kita semua dan juga sebagai tanda sokongan kepada petugas KKM dan barisan frontliner yang bekerja kuat menjayakan program”.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua penerima vaksin atas kerjasama yang diberikan dan beliau turut mentaranakan kepada yang belum mendaftar berbuat demikian dengan segera agar masyarakat Kuala Krai dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

#LindungDiriLindungSemua
#ImunitiKelompokKualaKrai