Home Berita PAS Kedah

Exco Kedah buat lawatan ke program MOVAK

196
SHARE
OLEH: NORLAILY MAJID
PADANG SERAI: Adun Merbau Pulas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali meluangkan masa meninjau proses vaksinasi Covid-19 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Victoria, di sini 13 Ogos lalu.
Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) itu adalah kerjasama Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi National Daerah Kulim dan Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan.
“Saya berharap dengan usaha ini dapat meningkatkan lagi vaksinasi di Negeri Kedah “ujar beliau.
Seramai 300 penduduk berdekatan menerima suntikan vaksin pada program berkenaan.
Lawatan itu juga turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Dr Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasrudin.
Turut hadira,  Pegawai Perpaduan Daerah Kulim, Arisyawati Alaudin, Penghulu Mukim Sidam Kanan dan Naga Lilit serta para
sukarelawan Pejabat Perpaduan Negara Daerah.