KUALA KRAI, 29 Ogos: Seramai 1,032 penerima dos kedua vaksin Covid-19 di RPT Mengkebang dan sekitarnya yang diadakan di SK Mengkebang pada hari Khamis 26 Ogos 2021.
Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latif Abdul Rahman dan ADUN Mengkebang, YB Muahmmad Mat Sulaiman turut dijemput oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan diberi peluang untuk memberikan ucapan kepada para hadirin.
“Program yang amat bermakna kepada kita semua dalam tempoh kita dan semua warganegara Malaysia sedang melawan pandemik yang telah mengorbankan banyak nyawa ini”, ujar Abdul Latif.
Beliau turut berharap agar imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin serta selain berserah kepada Allah SWT untuk memelihara rakyat seluruhnya dan mengangkat wabak ini daripada negara dan seluruh dunia.
#LindungDiri
#LindungSemua
#ImunitiKelompok