Home Berita PAS Kelantan

Acara agihan bendera sempena bualan kemerdekaan di SJR Telekong

14
SHARE

TELEKONG, 29 Ogos: Program Kibar Jalur Gemilang telah berlangsung di SJR Telekong dengan acara memasang bendera dan penyerahan stiker kenderaan yang diagihkan oleh ADUN Mengkebang, YB Muhammad Mat Sulaiman, kepada pengguna jalan raya bersempena bulan Kemerdekaan.

Turut bersama ADUN Mengkebang dalam acara ini ialah YABrs Pengarah YADIM Negeri Kelantan bersama 5 orang pegawai YADIM negeri Kelantan, YBrs Timbalan Pengarah Jabatan Belia Sukan Negeri Kelantan bersama 3 orang pegawai di pejabat Belia Daerah serta YBrs Penolong Pengarah Kanan Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama 2 orang pegawai.