Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Vaksinasi Covid-19 tarik kesedaran rakyat

10
SHARE
Oleh CHE MAZIAH MAT
KOTA BHARU, 9 Jun: Seramai 250 penerima bagi dos pertama vaksin telah berjaya hadir ke program Outreach Vaksinasi COVID-19 yang berlangsung di sini, bermula semalam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Husin, jangkaan jumlah akan bertambah kepada 650 penerima sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung.
“Sebanyak 31 program outreach telah diatur dalam usaha untuk membantu penduduk luar bandar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Setakat hari ini, lebih 120,000 rakyat Kelantan telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 56,000 orang telah lengkap dua dos suntikan”, katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Vaksinasi COVID-19 di Kota Bharu.
Pada masa yang sama, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jawatankuasa Masjid, Penghulu, Jabatan Amal, RELA dan para sukarelawan yang sentiasa membantu memastikan program ini berjalan lancar.