Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Suntikan Vaksin di Chucuh Puteri Manek Urai

10
SHARE

KUALA KRAI, 18 Jul: YB Abdul Latiff Abdul Rahman mengambil peluang bersama YB Mohd Fauzi Abdullah, ADUN Manek Urai turun ke Chucuh Puteri bagi meninjau proses pelaksanaan Program Outreach yang sedang berlangsung di sini, hari ini.

Program ini adalah Program Outreach Suntikan Vaksin pertama yang dilaksanakan di DUN Manek Urai dan ke-5 di seluruh Parlimen Kuala Krai.

Sebanyak 700 suntikan dos pertama dan 6 dos suntikan secara mobile dapat di selesaikan untuk Program Outreach kali ini. Abdul Latiff dan Mohd Fauzi turut serta mengambil suntikan mobile tersebut.

Abdul Latiff selaku Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, beliau berkeyakinan tinggi Parlimen Kuala Krai akan mencapai imuniti berkelompok sebelum menjelang musim tengkujuh dan dijangkakan Kuala Krai akan mencapai 80% atau imuniti kelompok pada November nanti.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucakpan penghargaan dan terima kasih semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program outreach kali ini.