Home Artikel PAS Kelantan

Program ‘Menguntum Ingatan, Mewangi, Santun dan Budi ‘ DUN Selising

16
SHARE
SELISING, 10 Jun: YB Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail, ADUN Selising, turun ke beberapa mukim untuk menyantuni anak mukimnya disamping mengagihkan sumbangan barangan dapur kepada penerima yang layak dan terjejas sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini.
Melalui kaedah membeli barangan dapur dari kedai-kedai dalam kawasan DUN Selising untuk diagihkan kepada penerima, ia merupakan inisiatif YB sendiri, bertujuan membantu dan meringankan perniagaan peniaga-peniaga sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.
Antara mukim yang sempat dilawati ialah Mukim Tualang, Kolam, Pupoh, Permatang Gading, dan terakhir di Lampung Padang Pak Omar.
Kepada anak mukim Selising yang mempunyai masalah, boleh rujuk penghulu mukim masing-masing dan PKD Selising.