Home Berita PAS Kedah

Program Kejohanan Cubcross Challenge Siri 1 2021

86
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 7 Dis – Satu Program Kejohanan CubCross Siri 1 2021 julung kali telah diadakan dengan jayanya di track motocross Felcra Belimbing Tualak,Kuala Nerang.

Program tersebut telah di anjurkan oleh Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap (PRIHATIN) yang di pengerusikan oleh Ustaz Habibullah Salleh dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kuala Nerang, Pejabat Belia & Sukan Padang Terap, Felcra Berhad Kawasan Bukit Tampoi serta masyarakat Kampung Tualak yang bersama-sama membantu menjayakan program.

Penganjur program tersebut Ustaz Habibullah Salleh berkata, “Kejohanan ini mempertandingkan enam acara motocross, antaranya iaitu Cub Standard, Mcup Open, Cub Veteran dan Open Enduro. “Matlamat kejohanan ini adalah untuk mengasah bakat golongan muda dan berlumba di tempat yang betul”, ujar beliau lagi. Penyertaan peserta yang berdaftar di anggarkan seramai 200 orang peserta.


Program ini telah di rasmikan oleh Wakil Rakyat Adun Kuala Nerang Hj Munir @ Mohamad Yusoff Zakaria. Turut hadir Yang Dipertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz, Ketua Dewan Pemuda PAS Padang Terap Ustaz Fadil Hadi, Pegawai Pejabat Belia & Sukan En Yurizan dan Pengurus Felcra Berhad Bukit Tampoi En Mustafa.