Home Berita PAS Kedah

Penyelenggaraan Jalan Ladang MADA Fasa Pertama Bermula

73
SHARE

Oleh AMAL NABILA

AYER HITAM, 7 Dis – Sebanyak tujuh jalan ladang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Parlimen Jerlun terpilih untuk projek penurapan semula fasa pertama di bawah kendalian Permodalan Kedah Berhad (PKB).

Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Haji Isahak Murat bersama Pengerusi PKB, YB Mejar Mansor Zakaria hadir meninjau kawasan yang bermasalah dan akan memberi perhatian yang serius bagi menangani permasalahan tersebut secara berperingkat.

ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkata, satu simbolik pelancaran permulaan projek diadakan di Pida 4 Baru, Mukim Sanglang.

September lalu, Exco Kerja Raya, YB Dato’ Suraya Yaacob memaklumkan dalam Sidang DUN Kedah bahawa keseluruhan bilangan jalan ladang MADA yang kini diambil alih dan diletakkan di bawah pengurusan kerajaan negeri adalah sebanyak seratus 155 jalan.

Maklumnya, jalan-jalan tersebut telah didaftarkan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi memudahkan urusan penyelenggaraan jalan dibuat oleh kerajaan negeri bagi menjamin keselesaan pengguna.